Semua jenis pisau pun aku suka, ada yang cantik dan juga ada yang tidak, dari yang China-made imitation hingga yang branded semua aku layan. Jangan ingat yang China-made ni tak tajam, benda tu bleh diasah jadi tajam cuma besinya saja dari yang tidak diketahui jenisnya so pastinya mungkin tak tahan & tak kuat untuk kerja-kerja berat, kerja ringan rasanya takde masalah.


SO INILAH DIA SIKIT SEBANYAK KOLEKSI AKU !

Sunday, 31 July 2011

PISAU JENAMA GERBER BEAR GRYLLS ULTIMATE SURVIVAL

Yeaaa...akhirnya dapat jugak aku koleksi pisau dari Gerber Edisi Bear Grylls idola aku (Man VS Wild) banyak model lagi on-the-way, pisau ni datang dengan 1/2 serrated high carbon steel, wisel kecemasan, badan dibuat dari getah, hujung hulu yang dibuat untuk pecahkan cermin atau jadikan tukul, magnesium fire starter, pengasah pisau dan sarung pisau dari material nylon. Ia didatang kan juga dengan 'pocket survival guide' yang kalis air.


Harganya tak mahal sangat, jika kita buka MUDAH.MY harga termurah yang aku pernah tengok RM330 aje...


Disebabkan sayang nak bukak dari peket dia, so kita simpan dulu until the time comes...sabar ye...

gambar pisau yang dah di buka ni amik dari internet


Friday, 29 July 2011

PISAU LIPAT JENAMA BUFFALOW

Pisau yang sesuai untuk dibawa memburu dan memancing ikan, kualiti pisau ni baik sekali, ada punat yang bila ditekan pisau akan terbuka dengan sendirinya, kemudian ada punat untuk lock pisau tu...Bahagian pemegang diperbuat dari kayu yang tak diketahui origin nya tetapi memang cantik.

Panjang terbuka hampir 10 inci jadi tak boleh dibawa berjalan-jalan di KL ye, kena tangkap kalu,  masuk dalam tau...Didatangi dengan sarung cuma kualiti Velcro nya tak berapa baik...sekarang kurang melekat dah Velcro dia...


PISAU/PLAYAR PELBAGAI GUNA JENAMA JEEP

Sejak GERBER keluarkan Multi-Tools, berduyun-duyun company lain pun buat multi-tools...Jenama Ganzo salah satunya...

Aku suka Jeep Multi Tools (JMT) ni & memang sesuai untuk lelaki/pompuan yang sukakan sukan lasak tetapi malas nak bawak pisau yang ber-saiz besar, untuk pisau aje ada 2 jenis dalam set JMT nih, gergaji ada, pembuka skru bermata Philips, blunt nose, pembuka botol, pembaris dan lelain tools.

Ia didatangkan sekali dengan pelbagai mata pembuka skru dan allen key juga mempunyai beg kecil yang bleh disangkut pada tali pinggang. Badannya yang berlubang-lubang dibuat untuk me-ringan kan lagi JMT tu.


PISAU MEMBURU / MEMANCING JENAMA BROWNING

Ni juga salah satu pisau memburu faveret aku...badan nya diperbuat dari besi ringan & bahagian logo diperbuat dari kayu hitam mungkin Rosewood (dari alur urat kayu dia). Logo kepala rusa pada bilah mata ditebuk berlubang.

Badannya yang berwarna seperti aluminium hairline hitam amat menarik sekali & tapak tangan serta jari kurang lenguh apabila mengenggam, mungkin kerana badannya memang dibuat untuk keselesaan.

Matanya yang tajam memudahkan pemotongan-pemotongan ringan seperti melapah dan menyiang ikan. Jangan la pulak pegi guna untuk memotong pokok yang besar lepas tu komplen pisau ni tak bagus pulak...kakaka



PISAU TAKTIKAL JENAMA BOKER

Pisau ni memang tajam, matanya mempunya 'serrated edge' yang dikhaskan untuk memotong tali. Amat susah tangan kita nak 'slip' dari pemegang ke mata pisau kerana badannya yang menggerutu menahan dari terlepas genggaman.

Warna 'Flat Black' pisau ini memang tahan dengan 'everyday abuse' anggota Pasukan Khas. Selama aku menggunakan pisau ini, memang susah jugak lah nak tengok pisau ni bercalar & cat tertanggal.

Memang dibuat untuk 'abuse' !


PISAU TAKTIKAL JENAMA STRIDER

Pisau terbaru yang aku gunakan untuk di 'abuse'...yeahhh...Jenama Strider ni agak terkenal dengan pembuatan dan kualiti pisau taktikal yang terbaik dalam kelasnya. Digunakan oleh US Marine dan tentera lain-lain negara.

Pemegang memang sedap dipegang tambah-tambah lagi apabila memakai 'tactical glove'. Seperti pisau Boker, amat susah tangan kita nak 'slip' dari pemegang ke mata pisau. Di bahagian belakang pemegang dibuat besi untuk memecahkan cermin, telah dicuba dan memang terbaik.



PISAU 'THROW KNIFE' TEMPAHAN BROTHER ASKAR (nama, rank & Kor dirahsiakan)

Pisau baling @ 'throw knife' ni masih dalam proses pembuatan, aku ada juga terima tempahan pisau custom dari peminat-peminat pisau cuma sekarang tempahan ditutup kerana bengkel kecil aku dah penuh dengan barang rumah so tempat nak letak mesin & ruang nak bertukang semua dah takde...

Insyaallah nanti rumah baru aku di Cyberjaya dapat CF, aku akan buat bengkel pertukangan kecik kat luar rumah tu so bleh la nak bertukang kembali, kalau ada masa.

'Throw knife' ni di bahagian hulunya akan dibalut dengan PARACORD 550 (tali payung terjun) corak COBRA KNOT. Nak tau apa itu COBRA KNOT, Google la sendiri ye...Pisau ni belum di bakar dan digilap so rupa dia camtu ler...berkarat-tat...




PISAU JENAMA KA-BAR MODEL U.S. CAMMILUS

Vietnam War US CAMMILUS Fighthing Knife with Sheath

Di dalam EBAY, pisau terpakai US CAMMILUS di jual dengan harga Dollar $80.


Pisau kepunyaan ayah aku semasa beliau bertugas sebagai pegawai Angkatan Tentera dedulu. Pisau ini beliau beli semasa beliau berkursus di pusat latihan USMC Amerika Syarikat pada tahun 70an. Pisau ni adalah 'standard issue' tentera Amerika pada tahun 70an. Aku amat sayang pisau ni walaupun kondisi dia dah agak teruk, sebenarnya hulu pisau ni yang patut di repair balik tapi aku belum ada masa so aku simpan aje sampai sekarang.

Pisau ini mengandungi 7 jenis besi campuran (apa yang ayah aku cerita la). Aku dah terluka beberapi kali semasa guna pisau ni di kebun/dusun dan memang amat berbisa sekali penangan 7 jenis besi campuran ni...Pisau ni aku tak pernah asah sekalipun dan memang ia amat tajam walaupun dah berkarat.

Nak tau kenapa ia berkarat? Sebab dah makan darah komunis zaman darurat dulu. Hulunya sama seperti Ka-Bar USMC yang diperbuat dari kulit disusun, panjang 'blade' nya kurang setengah inci dari Ka-Bar USMC.



PISAU JENAMA OX-HEAD

Antara pisau yang aku suka untuk dibawa ke hutan, walaupun China-made, aku dah asah baekkk punya tajam, takat nak tebang pokok kelapa tu no hal punya. Pisau ni aku selalu bawak masuk hutan...RAMBO tengok pun mungkin dia nak mintak pinjam. 

Bahagian atas dia serrated edge, bleh buat gergaji untuk potong batang pokok-pokok kecik. Hulu dia aku dah balut dengan paracord 550 atau dalam bahasa kampungnya tali parachute@payung terjun.




PISAU POWER KEDAI 5 RINGGIT JENAMA CAM Sharp Line

Pisau yang aku beli dari kedai RM5, masa beli memang tajam tapi lepas beberapa bulan guna abis la tajam dia so aku pun kasi asah la guna mesin, lepas tu semangat nak modify pun muncul...Abis pisau dapur aku, belah atas pisau tu untuk memotong tali, 'serrated edge' belah atas tu konon nak buat jadi pisau RAMBO...

Tapi ketajaman dia lepas aku asah dah 150% better dari yang asal...bleh buat potong ayam yop!



PISAU JENAMA KA-BAR MODEL UNITED STATES MARINE CORPS (USMC)

Pisau ni memang best, tajam dan bau kulit dia amat mengancam sekali. Sarung dibuat dari kulit dan hulu pisau juga dari kulit yang disusun satu persatu (lihat gambar), kualiti pisau ni amat baik dan matanya amat tajam termasuk juga mata 'serrated' dia...'Blade' dibuat dari besi anod. hitam. Harga pasaran RM500-RM700


Gambar 6 terakhir tu adalah Ka-Bar edisi Anniversary Perang, memang rare dan harga dia juga amat rare, gambar-gambar tu aku amik dari internet jer dan bukan aku punya pun.Dalam MUDAH.MY aku pernah tengok KA-BAR Iwo Jima dijual dengan harga RM1500!







































PISAU YANG TAKBLEH BLAH aka PISAU LANGKAWI

Pisau yang RAMBO tengok pun goyang...kakaka Ni pisau Langkawi yang dijual satu set tuh...Ni lah DIY pertama aku kat pisau...abis mengamuk bini aku...hahaha tapi apa-apa hal pun, pisau ni aku dah asah baekkk punya tajam mata dia...tajam dari pisau asal...


Sebenarnya pisau ni boleh dibuat pisau yang diikat di kaki tapi mestilah buat sarung nya dulu...Nanti kalau ada masa aku ajar korang buat sarung pisau paling mudah & korang pasti terkejut kenapa material dia amat mudah dicari di kedai berbanding KYDEX.

PISAU JENAMA MORA DARI SWEDEN

Pisau yang sangat tajam giler di-import dari Sweden. Tujuan pisau ini tak ber-hulu ialah kerana pisau ni dicipta untuk penggemar-penggemar pisau yang tak suka duduk diam aka yg suka Do-It-Yourself. Jadi korang kenalah buat sendiri hulu dia dari kayu ke, plastik ke, balut ngan masking tape ke...hahaha apapun hulu dia ikut kreativiti korang la...

Pisau ni pemberian hari jadi aku dari adik perempuan aku yang minat outdoor. Dia jugak ada koleksi pisau tapi tak la banyak sangat. Aku sendiri belum ada masa nak buat hulu dia sebab agak bizi...pendek kata selagi mata belum pejam, kerja-kerja-kerja...hahaha













PARANG @ MACHETE JENAMA FUR MOUR

Parang panjang untuk kegunaan mencantas pokok kecil@besar di hutan. Sesuai untuk dibawa berkhemah dan memang tajam. Memang aku selalu guna untuk dibawa ke dusun.

Hulunya juga selesa dipegang & untuk penggunaan yang lama tangan kurang melecet seperti parang biasa.



Thursday, 28 July 2011

PISAU JENAMA SAN REMO

Aku rasa pisau ni dari China tetapi amat tajam dan sesuai untuk kegunaan outdoor ringan misalnya untuk memotong buah, daging, ikan dan sebagainya. Tiada masalah jika nak dibawa menaiki kapal-terbang tetapi mesti check-in la!


Kualiti besi stainless pisau ni amat mengagumkan dan locking mechanism dia pun mantap.